Saturday, August 22, 2009

Berpuasa di Malaysia


Assalamualaikum wrm wbt readers!


Semoga kalian di dalam kemanisan iman, amal dan keasyikkan berpuasa!


Bercakap tentang puasa, hari ini hari kedua saya dan suami berpuasa di Malaysia setelah 3-4 tahun berpuasa di rantauan. Sememangnya suasana berpuasa di Malaysia sangat meriah cumanya kebiasaan di Malaysia ini, belum mula berpuasa lagi, saya sudah mendapat kad hari raya. Hmm...kelakar jugak.


Kalau diingatkan kembali, saat-saat berpuasa di UK dan di Malaysia adalah dua suasana yang agak berbeza. Di perantauan, penghayatan puasa agak berlainan kerana di sana kami berpuasa bersama kawan-kawan yang saling mengingatkan tentang kelebihan ibadah di bulan mulia ini. Yelah..siapa lagi yang nak mengingatkan kita kalau bukan kawan sendiri..di sana kawan kita adalah keluarga kita. Kakak-kakak dan abang-abang pioneer di sana ibarat ibu bapa kita yang mengajak kita iftar (berbuka) di rumah dan sering bertanya khabar iman dan amal kita.
Dari sudut penghayatan, suasana dan semangat fastabiqul khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan)agak berbeza berbanding pengalaman berpuasa di Malaysia sebelum ini. Di sana saya tidak berapa hirau tentang nak beli baju raya ke, nak pergi bazar Ramadhan ke atau nak shopping raya kerana di ketika itu saya hanyalah seorang pelajar, selalunya recycle je baju raya tahun lepas, atau parent hantar yang baru. Bazar Ramadhan memanglah tiada, tambahan pula setiap hari ada sahaja jemputan iftar atau program-program iftar bersama-sama masyarakat melayu atau muslim di sana. Plus, masakan kawan-kawan sangatlah sedap sebab ada secret ingredient...apa tu...masak dengan penuh kasih sayang! Shopping raya memanglah tak langsung. Yang paling seronok saya tak pernah rasa selama berpuasa di Malaysia dahulu adalah bertakbir dari rumah ke rumah. Itu pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan! Subhanallah! Memang best! Satu lagi kenangan manis berpuasa di UK adalah saat-saat kami berlumba-lumba bangun Qiam dan tidak lupa mengejutkan kawan-kawan lain. Keseronokkan bertadarrus dan kegamitan suasana bersahur bersama kawan-kawan dengan muka mamai semasa bersahur. Huhuhuhu....rindunya saat-saat itu. Yang tak best puasa di UK adalah ketiadaan ibu bapa dan sanak sauadara untuk mengharungi kemanisan saat-saat berpuasa di sana..Satu lagi tak ada kedai-kedai makan yang buka untuk minum teh tarik..tapi tak de masalah untuk saya sebab saya lebih prefer buat sendiri.

Tahun ini, pengalaman yang baru lagi..saya berpuasa di rumah mertua bersama-sama ibubapa mertua, kakak-kakak ipar, adik-adik ipar dan suami terchenta.. Satu pengalaman yang baru tapi seronok! Pernah saya bertanya pada umi sehari sebelum Ramadhan bermula. Saya bertanya,"Umi, selalunya sahur di rumah ni, masak lain ke atau panaskan makanan semalam?" Umi jawab,"Selalunya mesti ada lauk baru masak untuk sahur dimakan bersama lauk semalam" Woah..! Sangat mantap! Semoga Allah melipat gandakan pahala umi sebab bangun pagi-pagi untuk masak lauk sahur. Masak lauk sedap-sedap pulak tu. Alhamdulillah. Harap-harap esok Allah bagi saya 'completely recover' supaya boleh tolong umi masak untuk sahur. Semalam dan hari ini memang tak boleh bangun, semalam fever agak teruk, tambah pulak dengan selsema yang baru nak malu-malu menyapa, batuk-batuk kecil dan hidung sumbat. Tapi alhamdulillah saya masih dikurniakan tenaga untuk berpuasa. Alhamdulillah hari ni semakin pulih rasanya.

Tapi kan yang mencuit hati saya adalah keluarga suami. Walaupun bangun pagi-pagi bersahur, suasana sahur tu sangatlah meriah dengan gelak ketawa dan lawak jenaka. Semalam sewaktu berbuka, Mawaddah tolong serve...baik betul! Mawaddah...semoga Allah bagi pahala banyak-banyak pada wadah ye! Hari ni, seronok sahur sebab ada Kak Anim dan 'Umar. Semalam kak Anim on call, tapi hari ni kak Anim cuti. Chaiyok kak Anim! Gambate 'Umar! Semoga dikurniakan pahala dan kekuatan kepada kak Anim menghadapi dugaan di tempat kerja. Kami doakan kak Anim berjaya menamatkan housemanship dan 'Umar berjaya dalam Medic dengan cemerlang. InshaAllah. Erm..semalam dan hari ni, kak Ila, abang long dan nabihah pulak tak ada. Hmm..bila pulak dapat merasa sahur dan puasa dengan semua family members. Bihah puasa penuh tau! Nanti dapat hadiah. Tahun ini, saya berazam nak mencari Laylatul-Qadr sebab tahun-tahun sebelum ni kecundang..tunggu2 lepas tu tertido..warghh..tak apa, Allah Lebih Mengetahui! InshaAllah tahun ini berusaha lagi. Jom kita cari malam Lailatul Qadr!
Keseluruhannya, puasa tahun ini, terasa sangat best sebab setelah sekian lama baru dapat puasa di Malaysia (chewah! padahal baru 3 tahun)...InshaAllah nanti nak berpuasa dan iftar di Shah Alam pulak. Tak tahu bila, akan diberitahu dari semasa ke semasa biiznillah.


Wallahua'lam.


Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment