Saturday, July 3, 2010

Why is the Jews So Smart?

Semalam tatkala slot tazkirah bermula, naqibah terchenta berkongsi satu kajian yang telah dibuat oleh seorang Profesor dari Amerika untuk projek PHD nya. Kajiannya adalah berkenaan bangsa Yahudi dan bagaimana mereka boleh menjadi satu golongan yang sangat cerdas dan pintar. Sepanjang kajiannya, beliau mendapati beberapa rahsia di sebalik kebijakan golongan ini.


1. Persiapan awal ketika mengandung

Kajian keatas bangsa Yahudi menunjukkan bahawa generasi mereka yang pintar terhasil daripada persiapan awal mereka ketika mengandung. Seelok sahaja disahkan mengandung, keluarga Yahudi ini akan memastikan mereka banyak menyanyi, bermain muzik dan mereka akan membeli buku matematik dan membuat latihan sebanyak mungkin bersama suami mereka bagi merangsang bayi di dalam kandungan.


2. Menjaga pemakanan sepanjang tempoh mengandung

Sepanjang tempoh mengandung, wanita2 yahudi akan memastikan mereka menjadikan badam, kurma, susu dan kismis sebagai tabiat pemakanan memandangkan setiap satu dari makanan tersebut mengandungi khasiat dan zat besi yang mencukupi bagi pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

Sebagai makan tengahari, mereka akan memakan roti, ikan tanpa kepala (fillet sahaja) dan salad yang digaul dengan kekacang. Selain itu mereka mengamalkan memakan pil minyak ikan cott bagi pertumbuhan otak bayi.


3. Budaya / Menu makan orang Yahudi

Orang yahudi meletakkan ikan sebagai menu makan utama mereka. Mereka cuma akan makan bahagian isi ikan sahaja (fillet) dan mengelakkan daripada meratah bahagian kepala ikan. Orang yahudi akan mejadikan salad bercampur kekacang sebagai satu kemestian di dalam menu harian mereka. Jika kita pergi ke rumah mereka, kita akan mendapati bahawa dimeja makan, mereka tidak akan sekali-kali menghidangkan lauk daging dan lauk ikan di dalam satu menu. Mereka juga akan menghidangkan buah-buahan sebagai hidangan pertama sebelum menu utama disantap. Ini kerana, mengikut kajian, jika kita memakan makanan berkarbohidrat dahulu kemudian diikuti buah-buahan (seperti amalan makanan kebanyakan kita sekarang ini) kita akan menjadi letih dan mengantuk. Secara tak langsung, kita akan menjadi seorang yang pemalas dan tidak aktif.


4. Amalan Merokok

Walaupun kita tahu Israel pengeluar rokok terbesar, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan amalan merokok ni. Ini kerana mengikut kajian, orang yang merokok akan meninggalkan kesan yang besar kepada generasinya kerana bahan2 racun didalam rokok akan merosakkan gen, sel dan hormon2 di dalam badannya. Hasilnya, keturunan perokok mempunyai risiko tinggi untuk cacat otak. Lihatlah bijak dan jahatnya yahudi ini, mereka mengeluarkan rokok berkoyan-koyan untuk merosakkan bangsa lain tetapi kaum mereka sendiri tidak merokok.


5. Persekolahan Anak Yahudi

Peringkat Tadika

Di tadika, anak2 yahudi ini diberi makan banyak buah-buahan, badam dan macam-macam jenis kekacang. Kanak-kanak ini juga diberi makan pil ikan cott setiap hari di tadika. Sepanjang pembelajaran di peringkat ini, anak2 diajar instrumen2 muzik dan membaca not-not muzik agar otak mereka dapat ‘multi-task’ dan lebih kritikal dalam berfikir.


Peringkat Sekolah Rendah

Diperingkat ini, anak2 yahudi akan di ajar matematik berkonsepkan perniagaan. Lelaki Amerika tadi turut membandingkan anak2 di California dengan anak2 yahudi ini. Menurut kajiannya, anak2 orang Amerika di California ketinggalan 6 tahun dari sudut IQ jika dibandingkan dengan anak2 yahudi. Di sekolah rendah juga, mereka diwajibkan untuk aktif di dalam sukan memanah, menembak dan berlari. Ini adalah untuk mevariasikan bidang kemahiran mereka selain untuk tujuan pertahanan dan peperangan.


Peringkat Sekolah Menengah

Ketika di sekolah menengah, pelajar digalakkan untuk mencipta idea-idea baru di dalam kelas sains seperti apa yang sekolah2 di Malaysia aplikasikan di dalam kurikulum kita (minggu robotik, pameran sains dsb). Walaupun begitu, idea dan hasil ciptaan pelajar yahudi di peringkat menengah ini akan dihantar ke politeknik2 dan universiti untuk diinovasikan lagi agar dapat dijadikan sebuah produk yang berfungsi sepenuhnya.


Di Universiti

Apabila sudah tiba di peringkat universiti, pelajar2 yang mengambil kursus perniagaan akan diberi satu projek di tahun akhir. Pelajar hanya akan lulus kursus yang diambil sekiranya projek yang dilaksanakan itu berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak USD 1 juta. Antara contoh perniagaan yang berjaya sehingga sekarang adalah seperti Levis, Coca Cola, DKNY, Oracle dan Starbucks.


Perbandingan Dengan Negara Lain

Singapura:

- Dikatakan anak kepada bangsa Israel

- Di negara singa ini, harga sekotak rokok dijual dengan harga USD 7, yakni nilai yang sama dengan jumlah belanja makan mereka sepanjang sehari. Sudah tentu mereka akan mengelak daripada merokok.

Indonesia:

- Harga sekotak rokok dijual dengan nilai yang sangat murah

- Setiap pelosok kawasan, samada restoran, kedai bunga, kedai kek, semuanya ada menjual rokok. Rokok sangat mudah diperolehi.

- Walaupun negara ini sebuah negara yang besar, tetapi tiada satu pun universiti yang tersohor berbanding dengan bangsa yahudi yang tiada negara tetapi memiliki beberapa universiti tersohor di serata dunia.

Lihatlah bagaimana yahudi ini menjaga agar keturunan mereka terdiri daripada keturunan yang terbaik tetapi pada masa yang sama tanpa kita sedari, mereka sedang asyik merosakkan bangsa lain. Kalau kita amati cara mereka menjaga keturunan mereka, semuanya datangnya daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Kita sebagai muslim pun tidak mengamalkan tabiat2 baik lagi berguna ini. Lihat bagaimana bangsa lain memperoleh banyak manfaat daripada sunnah Rasulullah. Maka:


Jom kita jadi yang terbaik!

Berdasarkan Contoh yang Terbaik!