Tuesday, December 8, 2009

Peluang Berkarya

Assalamualaikum wrm wbt

May this post reaches you readers out there in your best emaan and amal inshaAllah. Dalam posting kali ini, saya nak kongsi sedikit pengalaman berharga yang saya baru lalui beberapa hari yang lalu.

Semuanya bermula apabila saya ditugaskan sebagai ketua wartawan bagi sebuah program. Pada mulanya saya disuruh menjadi editor tetapi disebabkan tiada tenaga wartawan, maka saya ditukarkan ke bahagian reporting. Ketika mendapat tanggungjawab tersebut, saya merasakan seperti sebiji batu besar jatuh ke atas saya. Mulalah persoalan-persoalan timbul jauh di benak fikiran saya...

"Boleh ke aku buat kerja ni?"

"Macam mana nak buat liputan dan hasilkan artikel dalam hari yang sama?"

"Macam mana kalau tengah-tengah interview tiba-tiba tertanya soalan bodoh? atau tak sempat nak salin apa yang orang tu cakap?"

"Boleh ke aku buat semua ni?"

"Hmmm...takpe2 inshaAllah boleh, Allah bantu nanti.. bukan buat kerja tak baik...nak menyampaikan maklumat terkini je...masa ni la pun nak ambil peluang kutip pengalaman..!" bisik saya di dalam hati.

Terasa tekanan yang tidak terhingga tambahan pula saya tak pernah ada pengalaman dalam bidang kerja ni. Tapi gagahkan jua dan menyahut cabaran tersebut.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tiba ke hari program. Debaran semakin terasa..'ala kulli hal, Allah memang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Memahami...kerisauan saya ditukarkan dengan ilham untuk mengajak sepupu suami untuk bersama-sama bertugas dan sepupu yang juga dikenali sebagai Im bersetuju. Seorang akhawat dari JK 'K' mencadangkan agar saya bertanya kepada sorang lagi ukhti yang merupakan anak kawan baba. Saya pun angkat telefon dan berurusan dengan beliau...

"Assalamualaikum..IM ke ni?"
" Eh bukan..ana kakaknya..IM tengah memandu..ana K. Kenapa ye?"
"Owh ye ke..takpe3. Apa khabar K. Nama ana Emilia. Nanti boleh tak minta adik enti call ana. Ada urusan sedikit"
"Eh..boleh3 inshaAllah. Nanti ana inform dia."

Tak lama kemudian...mobile ku mengeluarkan bunyi nada dering dari kumpulan Ungu...
"Akulah para pencariMU ya Allah...akulah yang menrinduikanMU ya Rabbi...tunjukkan ku jalan yang lurus..tempatku tambatkan langkahku.."

Kulihat di mobile ku, rupanya IM yang telefon. Aku pun menjawab panggilan tersebut...
"Assalamualaikum IM. Apa khabar? K Emi sini. Ana call nak tanya sekiranya enti berminat nak bertugas sebagai wartawan di program hujung minggu ini...?" tanyaku penuh harapan

"huh?WARTAWAN??? ana tak reti la kak...tak penah buat pun keje tu..tak dek pengalaman",ujar IM.

"ala..ana pun sama tp kita buat ni kan untuk mengumpul pengalaman dan menambah ilmu..inshaAllah kita sama-sama berdoa agar Allah membantu kita..memudahkan urusan kerja kita..kan3!"

"betul3..oklah inshaAllah boleh la akak letak nama ana."

"kakak enti nk join sekali? the more the merrier..manalah tau kot2 masih boleh mengisi ruang yang ada.."

"ana akan tanya dan confirmkan kemudian ye kak inshaAllah."

"inshaAllah. tafadhol.assalamualaikum"

"wa'alaikumussalam".

**********************************************************************************

apa sambungan kisah ni? berjayakah saya mengajak K sekali? apa terjadi selepas tu? kita tunggu posting akan datang...



psst: jazakumullah khairan katheera kerana meluangkan masa antum di blog saya yang serba kekurangan ini...

No comments:

Post a Comment