Thursday, December 31, 2009

First Anniversary

Happy Anniversary Abang Sayang!

Assalamualaikum wrm wbt dear readers..
Just to share with you that today 01.01.10 is my anniversary..our very first anniversary. Happy annversary to my lovely and cuddly abang!


Subhanallah, Alhamdulillah wa Astaghfirullah. Sedar tak sedar, pejam celik x 10 dah genap setahun kami mendirikan masjid. Semoga Allah memberi kerahmatan, keberkatan, sakinah, mawaddah wa rahmah di dalam rumah tangga kami. Amin. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi dugaan dan ujian2 Allah yang mendatang. Semoga Allah menganugerahkan cahaya mata yang soleh solehah sebagai penyambung keturunan kami agar dapatlah kami mempraktikkan sedikit sebanyak ilmu keibubapaan yang dipelajari dari umi baba, mama ayah, kak ila dan abang long serta naqib naqibah kesayangan kami. Sepanjang setahun hidup bersama, rasanya banyak yang kami 'discover' tentang diri satu sama lain. Belajar erti toleransi, kerjasama, tolak ansur dan tolong menolong. Belajar juga untuk mengurus wang, masa, keperluan dan kehendak bersama. Belajar untuk menerima satu sama lain seadanya dan memperbaiki diri agar bermanfaat kepada satu sama lain dan ahli keluarga sekeliling.



Sejak dari titik abang melafazkan "Saya terima nikahnya......" saya mendapati abang adalah seorang yang sangat loving, penyabar, considerate dan fatherly. Sebenarnya banyak lagi yang boleh disebut...in another word, there are loads to say but not one word that can best describe abang as an individual, daie, husband and a son/son in law. Bila difikir-fikir tak tahu rasanya macam mana nak balas segala kebaikan yang telah abang buat untuk saya dan keluarga kami.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! wa Astaghfirullah..semoga Allah mengganjari abang dengan syurgaNYA dan kesenangan serta kebahagiaan ukhrowi dan duniawi.
Just to share dengan readers, saya ni ada satu habit di mana apabila abang tidur nyenyak atau apabila abang sedang bersahaja atau ketika abang sedang bercakap, saya sukar menatap wajah abang...kata omputih..merenung sehingga menembusi wajah (chewah!)..Ketika itu saya bermuhasabah dan mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kami..iaitu nikmat 'having each other'...Subhanallah wa Alhamdulillah..Allah memang Maha Bijaksana kerana setelah mula menjejakkan kaki dan belajar menapak di dalam bahtera perkahwinan selama setahun jagung ini, saya dpt rasakan..memang betul setiap pasangan itu Allah jadikan saling melengkapi, sesuai untuk satu sama lain, mampu memenuhi keperluan dan kehendak sesama sendiri.

Thank you Allah for this lovely and precious gift!


Kadang-kadang tu bila saya tatap wajah abang...teringat kisah seorang sahabat kami yang baru sahaja menyahut seruan Ilahi dua minggu lepas di mana 3 jam selepas menghadiri majlis ijab kabulnya di Kedah beliau terlibat di dalam satu kemalangan yang dasyat dan beliau telah kembali ke rahmatullah bersama kedua ibubapa dan seorang sahabat jurugambar. Hati ini berbisik,"Ya Allah, sungguh tabahlah zaujah akhi tu dengan dugaan yang Allah berikan kepadanya. Tak dapat kubayangkan jika abang tiada disisi ku...ya Allah lindungilah kami..Amin". Kisah tersebut benar-benar meninggalkan kesan pada diri saya dan suami sehingga membuatkan kami lebih menyayangi satu sama lain dan lebih menghargai sesama kami. Di kala ada ini lah kita manfaatkan untuk berkasih sayang, menghargai dan mengutip mutiara dan permata berharga dari satu sama lain..ambillah peluang yang Allah beri ini untuk mengumpul sebanyak pahala sebagai suami isteri kerana apabila sudah tiada salah satu dari kita nnt...ikatan janji itu akan terlerai dan ianya hanya akan bersambung kembali apabila kita ditakdirkan untuk bertemu semula di syurgawi.


Thank you Abang for the shower of love and care you have been pouring unto me since the day we were prounounced hubby and wifey!

Alhamdulillah! Sungguh bertuah kami ini kerana sepanjang melalui kehidupan berumahtangga, kami mempunyai mentor2 yang setia dan sedia memberi seutas dua mutiara kata dan nasihat2 bernas agar kami lebih dewasa dan matang mengharungi susur galur dan liku-liku kehidupan sebagai keluarga du'at aka suami isteri yang bergiat di arena D&T. Jazakumullah khairan katheera to our family members especially umi baba kerana telah menyediakan suasana rumah yang 'conducive' agar kami dapat belajar bagaimana melahirkan sebuah keluarga du'at ber'model'kan keluarga yang umi baba dah 'nurture'. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah mama, umi dan baba kerana telah melahirkan dan membesarkan kami dengan jerih perit dari kecil sehinggalah kami melangkah ke alam rumahtangga. InshaAllah emi dan abang akan berusaha memperbaiki diri dan keluarga yang kami bina ini. Amin.

Thank you to both our parents for the guidance and uncountable precious advices given to us. Semoga Allah mengganjari antum dengan nikmat syurga di sana nanti. Amin.


Di antara wajah sedih tapi gembira di hari ijab kabul kami =)

1 comment:

  1. assalamualaikum emi,

    selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama..moga impian dan harapan emi dan abang dalam baitul muslim yang kalian bina akan menjadi kenyataan..

    p/s wadah dapat publisiti free hehe

    ReplyDelete