Assalamualaikum wrm wbt dear readers..
Just to share with you that today 01.01.10 is my anniversary..our very first anniversary. Happy annversary to my lovely and cuddly abang!
Subhanallah, Alhamdulillah wa Astaghfirullah. Sedar tak sedar, pejam celik x 10 dah genap setahun kami mendirikan masjid. Semoga Allah memberi kerahmatan, keberkatan, sakinah, mawaddah wa rahmah di dalam rumah tangga kami. Amin. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi dugaan dan ujian2 Allah yang mendatang. Semoga Allah menganugerahkan cahaya mata yang soleh solehah sebagai penyambung keturunan kami agar dapatlah kami mempraktikkan sedikit sebanyak ilmu keibubapaan yang dipelajari dari umi baba, mama ayah, kak ila dan abang long serta naqib naqibah kesayangan kami. Sepanjang setahun hidup bersama, rasanya banyak yang kami 'discover' tentang diri satu sama lain. Belajar erti toleransi, kerjasama, tolak ansur dan tolong menolong. Belajar juga untuk mengurus wang, masa, keperluan dan kehendak bersama. Belajar untuk menerima satu sama lain seadanya dan memperbaiki diri agar bermanfaat kepada satu sama lain dan ahli keluarga sekeliling.
Kadang-kadang tu bila saya tatap wajah abang...teringat kisah seorang sahabat kami yang baru sahaja menyahut seruan Ilahi dua minggu lepas di mana 3 jam selepas menghadiri majlis ijab kabulnya di Kedah beliau terlibat di dalam satu kemalangan yang dasyat dan beliau telah kembali ke rahmatullah bersama kedua ibubapa dan seorang sahabat jurugambar. Hati ini berbisik,"Ya Allah, sungguh tabahlah zaujah akhi tu dengan dugaan yang Allah berikan kepadanya. Tak dapat kubayangkan jika abang tiada disisi ku...ya Allah lindungilah kami..Amin". Kisah tersebut benar-benar meninggalkan kesan pada diri saya dan suami sehingga membuatkan kami lebih menyayangi satu sama lain dan lebih menghargai sesama kami. Di kala ada ini lah kita manfaatkan untuk berkasih sayang, menghargai dan mengutip mutiara dan permata berharga dari satu sama lain..ambillah peluang yang Allah beri ini untuk mengumpul sebanyak pahala sebagai suami isteri kerana apabila sudah tiada salah satu dari kita nnt...ikatan janji itu akan terlerai dan ianya hanya akan bersambung kembali apabila kita ditakdirkan untuk bertemu semula di syurgawi.
Thank you Abang for the shower of love and care you have been pouring unto me since the day we were prounounced hubby and wifey!
Thank you to both our parents for the guidance and uncountable precious advices given to us. Semoga Allah mengganjari antum dengan nikmat syurga di sana nanti. Amin.
Di antara wajah sedih tapi gembira di hari ijab kabul kami =)